Enam fungsi yang terdapat pada Qamus Digital:

1. Kamus dwibahasa

2. Desktop Translator

Kaedah carian:
1. Pilih kamus
2. Taip perkataan dalam kotak carian
3. Klik pada perkataan yang dicadangkan

Carian dilakukan secara automatik setiap kali anda menaip perkataan dalam kotak carian. Kaedah ini ada masanya tidak memerlukan anda menaip sepenuhnya ejaan sesuatu perkataan kerana Qamus digital akan memaparkan senarai cadangan perkataan yang mempunyai ejaan yang terhampir.

Kaedah guna:
1. Klik butang <Translator>
2. Pilih bahasa yang hendak diterjemahkan
3. Taip frasa atau ayat dalam kotak teks dan tekan butang <Translate>.
4. Hasil terjemahan akan dipaparkan dalam kotak editor.

Fungsi terjemahan memerlukan sambungan internet. Bagi mendapat hasil terjemahan yang baik sila pastikan ejaan anda dibetulkan. Sistem terjemahan ini dilengkapi dengan penyemak ejaan Melayu dan Inggeris.

3. Carian segera

Instant Search dan Instant Translate - Fungsi ini akan membaca perkataan atau teks yang disalin menggunakan arahan ‘Copy’. Anda akan mendapat terjemahan dan makna sesuatu perkataan tanpa perlu menaip pada kotak carian atau kotak terjemahan..

Kaedah guna:
1. ‘Highlight’ teks atau perkataan yang terdapat pada skrin (Spt pelayan internet, ebook dan sbg)
2. Klik butang tetikus kanan dan klik pada ‘Copy’
3. Skrin terjemahan akan automatik muncul dengan hasil terjemahan atau makna bagi sesuatu perkataan.

4. Fungsi sebutan English

Tetingkap terjemahan

Fungsi sebutan membolehkan anda mendengar cara sebutan yang betul bagi perkataan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai jenis suara yang disediakan untuk anda memilih.

Anda juga boleh mendapat pelbagai suara tambahan di:
http://www.nextup.com/nvsamples.html

5. Penyemak ejaan bahasa Melayu dan Inggeris

Penulisan bahasa Melayu menjadi lebih mudah dengan adanya semakan ejaan yang berfungsi secara automatik sambil memantau penulisan anda.

Jika kesalahan dikesan, ia akan ditandakan dengan garisan berwarna merah. Klik kanan pada perkataan yang ditandakan untuk melihat ejaan yang disyorkan.

6. Kamus Editor - Sistem perkongsian kamus dikalangan pengguna Qamus Digital

Anda boleh membina fail kamus anda sendiri dan kongsikan bersama lain-lain pengguna Qamus Digital untuk menjadikan kamus anda lebih lengkap. Fail-fail kamus yang telah siap akan dikongsikan bersama lain-lain pengguna melalui fungsi 'Download' yang disediakan.